Powered By Blogger

Thursday, January 20, 2011

fenomena masyarakat


Yang lelaki
Apabila orang tua nak mati lambat
tak dapat minum madu telan je jelly gamat
budak muda pakai seluar ketat-ketat, semua nak tunjuk kuat
ada pulak yang gila judi,bila berjudi percaya pulak unsur khurafat

tapi bila kalah judi akhirnya hidup dia pulak yang melarat
bila kalah judi tali kasut pon tak berikat
rambut pon jarang bersikat

Yang perempuan
pakai mini sekerat
suka pakai baju ketat
suka pulak menunjukkan pusat
hinggakan tak peduli lagi batasan aurat

pakai pulak yang sendat-sendat
kadang-kadang sampai nampak yang tersirat
kalau dah macam ni siapa lihat pasti tercegat
bila dah tercegat silap gaya jadi gawat

bila dah jadi gawat bohsia bohjan lagi dasyat
duduk jauh berkirim surat
bila berjumpa tangan berjabat
kemudian pakat lawan peluk erat-erat

masa tu nafas naik tersekat-sekat
usah dipeduli lg agama dan adat
usah ditakuti Allah dan Malaikat
yang penting apa kita nak buat kita buat!

akhirnya bila dah buat perut kempis jadi bulat
maka tuggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat
bila melihat anak-anak yang tak cukup sifat
malunya dia tak dapat disekat maka dibuang di merata tempat
pada waktu itu iblis mula melompat-lompat
'dia kata habis manusia dah masuk jerat,habis manusia dah tersesat'

Inilah dia fenomena masyarakat
oleh itu marilah saudara saudari dan sahabat kita ingat mengingat
bahawa dunia hari ini semakin singkat
esok atau lusa kita mungkin menghadapi hari kiamat
bila sampai masa kita semua akan berangkat

berangkat menuju ke negara akhirat
di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
masa itu sendiri mau ingat
umur mu banyak mana, untuk kau buat ibadat
zaman muda mu apa yang telah kau buat
harta benda mu dari mana kau dapat
ilmu mu adakah ia bermanafaat
semoga ianya dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat dan meningkatkan amal ibadat

pantun:ustaz akil hay

No comments:

Post a Comment